Tuesday, January 19, 2010

Ia tentang muzik.

Hi, :)

Muzik. Mungkin aku belum belajar penuh tentang muzik. Aku suka dengar muzik yang berentak pop-jazz. Itu jiwa aku. :)
Macam lagu, I'm yours by Jason Mraz. Pertama kali aku dengar lagu tu, best sangattt. Pendek kata, semua lagu yang dinyanyikan oleh Jason Mraz aku suka sangat sangat. Macam lagu The Beauty In Ugly. Lagu dia laju. Tapi dengan bangganya, aku boleh hafal dengan laju. Haha. Dengan lagu Mr.Curiousity! Ahh! Lagu tu best sangat.. Hari hari aku nyanyi masa kat dalam bilik air, tengah basuh pinggan, kemas bilik, aku "WAJIB" nyanyi lagu tu. Hehhe!

Aku suka sangat menyanyi. Yeah.. suka sangat sangat. Suara aku memang tak sedap mana pun, tapi aku main tibai je. Hahah. Some people cakap, suara aku boleh tahan, tapi kalau dengan adik beradik aku jangan harap diorang nak cakap suara aku sedap! Hahha. Jangan perasaan Fea oi! Hahah.
Setakat ni yang pernah aku masuk apa apa event yang berkaitan dengan nyanyi ;

* Masa darjah 5. Aku masuk audition nyanyi. Mula-mula cikgu aku yang suruh masuk, sebab dia kata suara aku serak serak basah. Aku ikut jelah cakap cikgu. Tapi at the end, aku tak dapat. Suwey betul! Hahah.

* Aku kena menyanyi kat kelas sebab cikgu English aku nak test vocal aku, then aku nyanyi jelah. Tup tup aku dipilih menjadi ketua choir untuk berentap antara kelas.

* Aku masuk pertandingan choir dengan kawan kawan aku peringkat sekolah. Mula mula aku taknak masuk, tapi cikgu kata aku "WAJIB" masuk. Budak lain yang tak masuk tu boleh plak tak masuk. Heh!

Buat masa ni aku tak pernah terima mana mana show. Haha! Bunyi macam penyanyi profesional je. Haha. Aku nak lebihkan lagi bidang nyanyian, tapi mak tak galakkan. Sebab income tak tetap. Mak suruh kerja kerajaan. Tapi aku taknak. Kalau abah, abah tak kisah aku ambik bidang pun. Abah siap offer aku bukak butik baju bila aku dah besar nanti. Abah galakkan aku kalau aku jadi fashion designer. Itu pun kalau aku dapat. Lepas habis SPM nanti abah suruh ambik UITM je, ambik course fashion design. Sebab tu je lah yang sesuai dengan aku. Aku ni bukannya gila matematik dengan sains. Otak aku tak boleh terima these subjects. Aku tak segenius orang yang belajar kat luar negara. ;)

So, kenalah terima hakikat yang aku ni bebal sains dengan matematik. ;p

Hesyy, ni dah lari topik. Aku nak cerita pasal muzik. Bukan pasal cita cita aku. Hahhaha. Okay, okay. Sebelum aku mencarut lebih banyak. Baik aku stop kat sini. :)


No comments:

Post a Comment