Tuesday, January 19, 2010

Weekend story.

Hi,

Hari ni aku tak banyak cerita yang aku nak ceritakan kat sini. Pagi-pagi lagi akak aku bukak radio main lagu jiwang ( lagu zaman tok kadok dulu punye ) heh. Hilang mood aku. Rasa macam nak maki orang je. Dengan mak bebel tak habis habis. Tensen tensen!
Ikutkan hari ni ( Sabtu, 23 Jan 2010 ) aku kena sekolah. Tapi akak aku cakap, kawan dia kata tak sekolah sebab sultan Johor mangkat. Kiranya, hari ni hari berkabung. Aku tak berkabung pun. Orang lain yelah kot. HAHA. Ha, oleh kerana aku tak tau nak meraban apa hari ni. There are some questions yang aku buat sendiri. Saja nak hilangkan bosan. Ye tak ye tak? ;p

1. Apa yang kau akan buat bila orang kutuk kau belakang belakang?
- Aku lek lek tenang je dulu. Malas nak kecoh-kecoh. Kalau dah lebih lebih sangat, maki je dahlah.

2. Apa benda yang pertama kau buat bila bangun pagi?
- Menonggeng atas tilam. Syiokk uh! ;p

3. Apa yang kau buat kalau tahap marah kau melambung gila gila?
- Aku tumbuk dinding 4 kali, sampai tangan aku bertukar jadi warna merah.

4. Bila kau rasa kau kecewaaaaa sangat sangat sepanjang kau hidup?
- Tahun 2008.

5. Kau pernah menangis tak?
- Aduh, soalan paling bodoh, mestilah pernah. Aku ni nampak je ganas, tapi cengeng sebenarnya. :D

6. Bila ada budak baru masuk kelas kau, kau tegur tak budak tu?
- Tak. Nak buat apa? Lantak dialah.

7. Kalau kau bencikan seseorang, apa yang kau buat?
- Print gambar dia, lepas tu aku letak kat lantai, aku pijak sampai aku puas.

8. Kau rasa kau hebat tak?
- Buat apa aku nak rasa aku hebat?

9. Kau pernah beta cikgu?
- Hah, banyak kali. Hahah. Tapi takdelah sampai tahap kurang ajar.

10. Siapa je yang pernah cakap kau 'gila'?
- Abah aku, mak aku, adik bradik aku, kawan kawan, sepupu sepapat, cikgu cikgu. Ramailah.

11. Kalau kau gaduh dengan kakak kau, apa yang kau buat?
- Tarik rambut dia, cekau dia sampai berdarah, sepak bontot dia. Haha. Jahat.

12. Apa yang kau buat kalau orang gelakkan kau masa kau jatuh.
- Aku bangun, lepas tu aku cakap, 'diamlah bodoh!'

13. Bila pertama kali kau pakai barang mahal?
- Masa akhir 2008, abah belikan aku jam BabyG. Dalam RM245.00. ( Aku tau, korang ada barang lagi mahal dari aku, tolong jangan sangkeng sangat okay? )

14. Kau suka menyanyi?
- Yeah. Suka sangat sangat.

15. Tahun apa yang kau rasa, 'tahun beban' untuk kau?
- 2008 & 2009.

16. Bila kau bangun pagi, tengok satu famili kau takda, apa yang kau buat?
- Aku jerit. 'Mana korang pergi????!!!!'

17. Buat masa ni, siapa je kawan baik kau?
- Nurul Hudha.

18. Apa kau buat bila kawan kau rembat barang kesayangan kau?
- Aku akan cakap, 'cibai kau ambik barang aku!'

19. Bila selalunya kau menanyi dalam kelas?
- Masa buat nota cikgu bagi, masa cikgu takda aku menyanyi macam orang gila. HAHAH.

20. Kau ni well-known tak kat skolah?
- Tak sangat. Kebanyakkannya, budak atas atas je kenal aku, sebab diorang semua kenal abang aku.

21. Apa harta kesayangan kau?
- Jam, kasut, beg sekolah, hand phone, buku 'soulmate' aku!

22. Kau makan tak ayam yang separuh masak?
- Makan. Sedap!

23. Kalau kat restoran, apa benda pertama yang kau order?
- Milkshake mocha satu!

24. Kalau kau rasa sedih, apa yang kau buat?
- Menangis.

25. Kau pernah kena sebat dengan abah kau?
- Pernah. Masa aku 5 tahun. Abah sebat aku pakai tali pinggang, sebab nangis tengah tengah maghrib.

26. Bila pertama kali kau pergi klinik, lepas tu anggota badan kau kena jahit?
- Masa aku tadika. Aku jatuh dalam bilik air. Kepala aku koyak. Kena 3 jahitan. Ambik kau!

27. Bila kali terakhir kau rasa sedih yang teramat?
- Baru baru ni jugak.

28. Bila tu?
- Sebok apesal?

29. Apa yang selalunya kau makan kat kantin sekolah?
- Kalau aku rajin aku makan, aku makan keropok lekor! Liat macam selipar jepun!

30. Apa yang kau suka buat dalam daily life kau?
- Makan, menyanyi, mengaruk, menjerit.

31. Kau ramai kawan tak kat Facebook?
- Kejap, aku kira. 93 orang. Sikit gila. Nak tambah lagi. :D

32. Macam mana dengan kawan dekat MySpace?
- Aku tak kira lagi lah. Dalam seratus lebih. Tapi tak banyak sangat pun.

33. Kau suka tak kalau mak kau membebel?
- Ohh TIDAK!

34. Kalau kau bukak Facebook, apa benda pertama yang kau bukak?
- Reply comment kawan aku.

35. Sekarang ni, selain dari blogging apa yang kau bukak kat internet?
- Facebook je.

36. Selalunya, kalau kat facebook kau add orang ke orang yang add kau?
- Orang add aku sebab aku takde masa nak beramah mesra dengan strangers.

37. Apa comment terakhir yang kau tulis kat facebook?
- '
hahaha. officially, kau kawan terbaik aku. haha. :)'

38. Apa nota terakhir yang kau tulis kat facebook?
- Aku copy-paste novel aku.

39. Berapa banyak album yang kau ada kat facebook?
- 3.

40. Apa status relationship kau kat facebook?
- SINGLE!

41. Kalau kau malu apa yang kau buat?
- Buat buat betulkan tali kasut. Haha. Aku jujur, LOL.

42. Masa kau tengah menaip ni, kau dengan siapa?
- Abang aku.

43. Selalunya apa yang kau buat bila orang lain malukan kau?
- Aku datang tempat dia, sambil mengepal sebiji penumbuk, aku cakap, 'kau pehal?!'

44. Bila kali terakhir kau gaduh dengan akak kau?
- Baru kejap tadi.

45. Novel terakhir apa yang kau baca?
- Melunas Rindu.

46. Bila kali terakhir kau belasah kawan kau? Siapa?
- Kawan aku. Max, aku tumbuk muka dia.

47. Apa gelaran kau kat kelas?
- 'si budak kuat gelak'

48. Apakah benda yang paling gila yang kau hampir nak buat?
- Aku hampir pancitkan tayar motor abang aku. Biar dia tak dapat pergi kerja. HAHA

49. Kenapa?
- Sebab aku gaduh dengan dia.

50. Pernah tak kau buat orang lain cedera?
- Pernah. Abang aku. Aku sepitkan jari dia kat pintu bilik. HAHAHA.

Okay, i'm done. bye~

No comments:

Post a Comment